cara menghindari perasaan hasad dengki, cemburu, denda, & seumpamanya
Menurut al-Zubair bin al-‘Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda:
“Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.” – Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.
Cara menghindari penyakit ini:
1. Rendahkan diri kepada ALLAH dan banyakkan berdoa:
Allhummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri
Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”
2. Kajilah al-Quran dan banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan hasad. Mudah-mudahan hati bergetar dan menambahkan ketakutan dalam diri.
3. Banyak membaca sejarah kehidupan Nabi s.a.w tentang cara baginda menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi Sirah Sayyid al-Mursalin.
4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul Rahman Ra’fat al-Basha.
5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam diri kamu, segeralah membaca isti’azah.
6. Jangan risau kejahatan yang dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h berkata:
“Tidak dihisab terhadap apa yang dimainkan dalam diri manusia. Tetapi, dia dihisab atas apa yang dikatakan atau dilakukannya.”
7. Banyak memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan sayang.
Sabda Nabi s.a.w:
“Mahukah aku ajar kepada kamu suatu perkara jika kamu lakukan bersama-sama akan menambahkan kasih sayang, iaitu sentiasa memberi salam antara kamu.” –Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Tirmizi.
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan