Cinta, siapa yang tak ingin bercinta? Anda semua ingin bukan?
Cinta sudah menjadi fitrah manusia, yang lahir sejak azali. Dimana ada manusia, di situlah ada cinta. Cinta ada di mana-mana. Tidak kira lah samada cinta di kalangan keluarga, teman-teman, mahupun cinta kepada pasangan masing-masing.
Kebanyakan pasangan yang bercinta pastinya bermula dari perkenalan sesama sendiri bukan? Bak kata pepatah.. “Tak kenal maka tak cinta”. Sememangnya cinta itu hadir tanpa kita sedari. Tetapi kita dapat membaca samada seseorang itu sedang dilamun cinta atau tidak.
Kepada kamu yang bergelar gadis, tahukah kamu bagaimana caranya untuk mengetahui seseorang jejaka itu sedang jatuh cinta pada kamu atau tidak?
Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu..:
Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu..:
- Memberikan lebih perhatian.
- Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan.
- Meluangkan masa untuk kamu.
- Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.
- Menerima kamu apa adanya.
- Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.
- Lebih romantis terhadap kamu.
- Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.
- Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.
- Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.
- Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.
- Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.
- Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.
- Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.
- Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.
- Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.
- Tidak akan mahu menyusahkan kamu.
- Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.
- Tidak punya alasan untuk mencintaimu
- “Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu. Berhati-hatilah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan