ASAK...pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) berebut bola dengan Aidil pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
“Apa boleh saya katakan, ramai pemain utama mengalami kecederaan. Perkara sebegini memang tidak dapat dijangka,” kata Rajagobal.
Malam kelmarin, Aidil mengalami kecederaan lutut dan terpaksa dikeluarkan pada babak kedua. Menurut kenyataan dibuat pegawai pasukan Negeri Sembilan, kecederaan lutut Aidil itu agak parah. Begitupun keadaan sebenar Aidil hanya akan diketahui selepas ujian imbasa MRI, hari ini.
“Saya akan pantau semua pemain yang cedera. Jika mereka gagal pulih, terpaksalah saya gunakan pemain yang berada dalam senarai 45 pemain yang dipanggil,” kata jurulatih kebangsaan itu.
Selain Aidil, ada beberapa lagi pemain yang berada dalam senarai pemilihan ke Sukan Asia mengalami kecederaan seperti Mohd Farizal Marlias (penjaga gol), Baddrol Bakhtiar (serangan), Mohamad Azmi Muslim (pertahanan) dan Mohd Sharbinee Allawee (penjaga gol).
“Saya harap pemain yang terpilih menggunakan kesempatan ini dengan sebaiknya. Berikan persembahan terpuji biarpun kita hadir dengan bukan kekuatan sebenar,” kata Rajagobal lagi.
“Perlawanan akhir itu berlangsung dengan baik sekali. Cukup seimbang dengan Negeri Sembilan mengawal babak pertama dan Kelantan lebih garang di babak kedua,” kata Rajagobal yang menonton perlawanan itu di Stadium Nasional, kelmarin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan