mari tengok penulisan dr senyum mengikut bulan..^_^

Akim - Janji

Isnin, 30 Ogos 2010

CARA CARA MENGATASI RASA SEDIH






nuff:((Cara-cara Mengatasi Rasa Sedih.Menangis Secukupnya
Menangis adalah salah satu cara untuk melepas rasa sesak dan sedih yang mencengkam di jiwa. Semakin penting orang yang menimbulkan kesedihan itu, semakin banyaklah airmata yang akan anda tumpahkan. Tidak mengapa kerana ia baik untuk jiwa anda Cuma jangan keterlaluan sangat. Sekiranya anda rasa sudah terlalu banyak menangis, hentikan airmata anda. Bersihkan wajah dan cubalah senyum.

Jangan Sendirian
Bilik sering dijadikan tempat untuk kita melepaskan kesedihan. Tenang tanpa gangguan. Tetapi anda harus tahu, dengan menyembunyikan diri sebegitu rupa menjadikan diri anda lebih tertekan. Anda pula membayangkan saat-saat manis bersamanya, kekalutan hari ini dan sebagainya. Oleh itu, keluarlah dari persembunyian itu, carilah teman yang boleh mengerti perasaan anda. Bercakap-cakap dengan teman-teman seperti itu, dapat membantu anda berfikir secara rasional. Mereka juga akan dapat memberi pendapat yang tak terfikir oleh anda sebelumnya.

Cari Aktiviti
Dengan membuat diri sibuk, anda dapat menghindari dari terus menangis dan melayani perasaan hati anda yang penuh duka. Tetapi terlalu sibukpun tidak bagus. Di ketika itu anda mungkin berfikir, kepedihan akan hilang dengan bekerja siang dan malam. Itu salah, Anda mungkin akan jatuh sakit. Bekerja, sibukkan diri adalah salah cara satu untuk mengurangi dan bukan untuk menghilangkan segala kesedihan itu.

Berdoa
Tidak ada jalan yang lebih aman dan menyenangkan kecuali dengan kembali mendampingi diri dengan Tuhan. Dengan mendekatkan diri kepadaNYa, mengingatkan seluruh kasihNya yang telah tumpah kepada kita, juga pada orang-orang tercinta yang telah pergi(meninggal dunia) akan timbul perasaan aman dan tenang. Kita menjadi yakin dengan segala ketentuan yang telah Tuhan ciptakan. Jadi, apabila kesedihan itu datang menyapamu, tadahlah tanganmu, tunduklah dan berdoalah. Tuhan akan menghibur segala kesedihan 
  • tengs                            

Blogger Templates 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

click untuk senyum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jom la chatting..hehhehe

ShoutMix chat widget

.