mari tengok penulisan dr senyum mengikut bulan..^_^

Akim - Janji

Selasa, 13 Julai 2010

cara2 nk ayat perempuan ni.

Kali ini,mungkin tutorial ini aku tujukan khas untuk lelaki. Bagi yang perempuan rilek la..Takkan perigi nak cari timba kot.Dah tau perigi tunggu jelah kot..hohoho.Tapi aku tak tahulah perempuan yang ada kat luar tu..hehe.Korang kenal ker?
This time , aku nak tujukan tutorial aku yang khas ni hanya untuk kaum Adam in order to tackle si Gadis yang ayu itu yang mekar di taman ataupun dalam perkataan lain bagaimana nak ajak dia kapel?..Haha..



  • Jadi Lah Lelaki Matured Sikit Bro…(Gentleman)


  • tunjukanlah jati diri anda yang matured tuh.Nama pun lelaki ,bro-bro semua mestilah gentleman.Huhu..apakah itu gentleman?Aku senang jer. I define it as good manners or chivalry.
    Sbg contoh: Tolong bukakkan pintu kereta, pegangkan beg-beg plastik dia kalau dia pergi shopping, pimpin tangan waktu nak lintas jalan, treat waiters well in restaurants or gerai and don’t forget to ask apa dia nak order, speak to her dengan sopan, jangan biarkan dia balik sorang diri..kalau ada own transport hantar dia..kalau takder..teman dia naik lrt ,teksi ker….Lepas jumpa, call her to see if she gets home safely, protect her from danger..kalau jalan tepi jalan make sure awak jika dikiri awak kereta dikanan awak dia..dan bukannya dikiri dia kereta dikanan dia awak..kang kena ragut kena langgar alahai satu masalah pulak..


  • Jangan Terlalu Gopoh Bro..(Ingat Rush Hour ker ?)


  • Janganlah bro-bro semua terlalu gopoh-gapah kerana yang dikejar tidak dapat ,yang dikendong berciciran.Peribahasa itu amat sesuai bagi mereka yang selalu terburu-buru dalam melaksanakan misi menambat hati si bunga. Dalam melaksanakan misi ini ,apa yang penting ? Kalau wonderpets jawab kerjasama..aku lempang sekor-sekor wonderpets tu..Mestilah kesabaran.
    Peduli apa aku dengan wonderpets kan ? Aku tengok kebanyakan bro-bro yang pernah aku jumpa , mesti x sabar-sabar nak no phone la..no rumah dan bermacam-macam nombor lagilah..jangan nombor ekor sudah..hehe. Nak no phone dia ada caranya. Jangan main redah jer macam Nas Ahmad melodi tuh..
    Mula-mula tu..lakukanlah sesi taaruf ataupun sesi memperkenalkan diri. Macam mana ? Ikut suka hati bro-bro lah..janji tak memalukan diri sendiri sudey..Kalau dia buat tak tau jer atau buat donno jer…sabarlah sikit..and kalau dah memang dia tak layan korang..baik lupakan jelah..


  • Sakat-sakat la dia sikit


  • Kadang-kadang tu kita ni sebagai lelaki tak boleh terlalu mengikut kehendak mereka sangat. Aku rasa kadang-kadang tu korang kena sakat-sakat sikit dia.Ko sakatlah bab fesyen dia , kasut dia ataupun handbag dia tuh..Sakatlah dia sampai dia merajuk dengan korang dan apa yang penting disini korang mesti dah ada script untuk pujuk mereka balik.Ok?


  • Buatkan Mereka Merindui Ko..


  • Waktu nak mula ushar-ushar dan ngorat ni ,korang kena pasang strategi .Dalam masa korang ngorat ni, kalau korang selalu call dan sms sidia hari-hari..apakata korang stop sejap 1-2 hari.Tengok macam mana tindak balas dari sidia.Rindu ke tak sidia kepada bro sekalian? Kalau dia yang jenis anggap bro ni someone that important in their life ,pasti si dia akan call bro-bro sekalian.Kalau tiada reaksi makna..ucapkanlah Hye Bye-Bye…


  • Ayat Mestilah Bergula-Gula


  • Dah nama pun lelaki. Mestilah pandai mengayat.Betul tak? Kalau tak, meh sini aku nak sekeh ni bro? Apasal pulak ? Sebab ko sengal..hehe

    Lelaki yang hebat pastinya mempunyai ayat yang hebat.Ditambah lagi dengan kosa katanya yang membuatkan hati perempuan mudah cair dan lentok. Aku tengok lelaki banyak lemah kat part ni.Yelah..bila jumpa si dia jer mulalah..kaku dan kelu lidah yang tidak bertulang jadi bertulang…
    Perempuan selalunya suka lelaki yang pandai bercakap dan mewujudkan idea dalam percakapan.Taklah bosan cakap dengan si lelaki tuh. Ambil idea dari persekitaran dan olah sebaik-baiknya perbualan bro-bro sekalian supaya tidak lari dari topik asal.
    Sebagai contoh : Katakanlah..korang jumpa aweks tu..Jumpa dekat kat tepi pantai ker? Atau mana-mana jerlah? Katakanlah kepada si dia . Hurm..cantikkan istana pasir budak tu buatkan? Mesti budak ni ada bakat jadi arkitek masa hadapan kan..Awak masa kecil dulu suka ker main pasir? Buat istana pasir ?
    Itu sebuah contoh.Selebihnya terpulang kepada korang semua untuk mengolahnya sehabis baik .
    Bagi aku itu sahaja tips ,bagaimana cara hendak masuk jarum dan curi hati perempuan ni. Adakah anda begitu? Boleh kongsi bersama dengan aku di ruangan komen nanti.
    Oh aku lupa pulak..dan jika korang mahu follow aku di facebook..meh add
    P/s: Selamat berjaya dengan tips ini dan jika berjaya sila beritahu aku okay..

    Blogger Templates

    Blogger Templates

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    click untuk senyum

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    jom la chatting..hehhehe

    ShoutMix chat widget

    .