mari tengok penulisan dr senyum mengikut bulan..^_^

Akim - Janji

Khamis, 24 Februari 2011

Safee semakin serasi di bawah Radovic

Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Safee Sali semakin selesa dengan kehidupan barunya di Indonesia dan pemain itu mula mempamerkan keserasian bersama rakan-rakan sepasukannya di kelab Pelita Jaya. Menurut pengurusnya, Zakaria Rahim, bekas penyerang Selangor itu kini sedang giat menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih dari Serbia, Misha Radovic di pusat latihan kelab itu dekat Sawangan, Jawa Barat.
"Dia gembira dengan pasukannya dan Safee juga sudah mula menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dalam pasukan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Pemain yang menjadi tonggak skuad bimbingan K. Rajagobal itu dijangka diturunkan pada perlawanan pertamanya menentang Sriwijaya pada 5 Mac ini di gelanggang sendiri dekat Kerawang.
Safee bakal digandingkan dengan seorang lagi pemain import dari Paraguay, Juan Ramirez di posisi depan bagi menggempur kubu pertahanan pasukan lawan, sambil dibantu Jajang Mulyana dan kapten Pelita Jaya, Ardan Aras yang mengemudi bahagian tengah.
Zakaria berkata, menjelang pertemuan tersebut, Pelita Jaya akan mengadakan satu perlawanan persahabatan yang berlangsung, hari ini pukul 3.30 petang di Sawangan.
"Saya difahamkan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan akan turun menyaksikan perlawanan pertama Safee menentang Sriwijaya.
"Selain beliau, para penuntut Malaysia di negara ini dan juga wartawan serta penyokong Malaysia dikhabarkan akan hadir menyaksikan aksi Safee bersama Pelita Jaya," ujarnya.
Mengulas mengenai kesihatan Safee, Zakaria memberitahu, pemain itu berada dalam keadaan sihat, walaupun terdapat beberapa rakan sepasukannya yang mengalami jangkitan virus.
Katanya lagi, Safee akan berpindah ke sebuah pangsapuri di Jakarta yang disediakan oleh kelab di Lebak Bulus, Jakarta Selatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

click untuk senyum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jom la chatting..hehhehe

ShoutMix chat widget

.