mari tengok penulisan dr senyum mengikut bulan..^_^

Akim - Janji

Isnin, 2 Ogos 2010

KASIH SEORANG AYAH

Ayah maut pertahan 2 anak


Oleh Hadzlihady Hassan

2010/08/02 AMPANG: Kasih bapa hingga ke hujung nyawa. Itu padah yang menimpa seorang ayah ketika cuba menghalang empat samseng daripada menyerang anaknya apabila mati ditetak oleh kumpulan penyangak terbabit di Flet Permai Ria, Ampang, semalam.
SIASAT...polis menyoal siasat seorang daripada anak mangsa.                                                                  
KANAYAH...ditetak Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa yang hanya dikenali sebagai Kanayah, 62, maut selepas ditetak dengan parang oleh kumpulan samseng yang berkunjung ke rumahnya untuk merekrut dua anak warga emas berkenaan menganggotai kumpulan kongsi gelap.
Difahamkan, empat samseng terbabit pergi ke rumah keluarga berkenaan di tingkat enam pangsapuri itu dan mereka dipercayai cuba memaksa dua anak mangsa menganggotai kumpulan kongsi gelap sebelum berlaku pertengkaran.



Berikutan ketegangan itu, kumpulan terbabit cuba menyerang anak mangsa sebelum dia campur tangan dalam usaha menghalang anaknya dicederakan.
Tindakan itu membangkitkan kemarahan kumpulan terbabit menyebabkan mereka bertindak ganas dengan menyerang dan membelasah warga emas berkenaan.
Mangsa yang juga bekas kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) ditetak dengan parang di kepala dan anggota badan sebelum dia meninggal dunia di tempat letak kereta pangsapuri berkenaan ketika mahu dikejarkan ke hospital.
Dalam serangan itu, dua anak mangsa cedera ketika bergelut dengan kumpulan penjenayah terbabit dalam usaha menyelamatkan bapa mereka.
Anak mangsa, K Pebaragan, 34, yang juga kakitangan sebuah firma guaman parah dan dikejarkan ke Hospital Ampang manakala adiknya yang bekerja di kedai cuci kereta, K Arasan, 22, cedera ringan.

Blogger Templates

2 ulasan:

  1. innalillahiwainnalillahirojiunn,, :'(
    kasih ayah..~~
    sementara ayah korng masih ad..
    hargailah mereka..

    BalasPadam

click untuk senyum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jom la chatting..hehhehe

ShoutMix chat widget

.