mari tengok penulisan dr senyum mengikut bulan..^_^

Akim - Janji

Selasa, 13 Julai 2010

resepi untuk perempuan diluar sana



NASI MINYAK WARNA WARNI aka NASI MINYAK HUJAN PANAS


Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air } jika beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau bergantung kpd jenis beras yg digunakan
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi }
2 sudu besar majerin } untuk menumis
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }

Bahan hiasan : } tak letak pun
Sedikit bawang goreng
Sedikit gajus goreng

Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
Masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Kemudian masukkan air,susu,tomato puree serta garam.
Bila nasi hampir kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
Tanak hingga masak, kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng serta gajus goreng





PULUT KUNING

Bahan-bahan:
1/2 kilo beras pulut
3 camca serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
Air secukupnya utk merendam pulut
2 cawan santan
2 camca garam
1 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Rendam pulut dengan serbuk kunyit dan asam gelugur selama lebih dari satu jam.
2. Sesekali hendaklah dikacau supaya rata salutan warna kuning pada beras pulut.
3. Alas loyang pengukus dengan daun pisang atau daun pandan. Tuangkan beras pulut.
4. Kukus sehingga asap keluar dari penutup kukusan.
5. Keluarkan loyang dan gaulkan santan yg telah dicampur garam dan gula.
6. Kukus semula hingga pulut masak dan elok lembutnya. Sesekali elok digaul pulut
di dalam loyang menggunakan senduk kayu supaya rata masaknya.
7. Angkat loyang kukusan. Pulut boleh dihidang dengan rendang daging atau ayam.

RENDANG DAGING

Bahan-bahan :
300gm daging lembu, dipotong kecil2
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kerisik secukupnya
2 helai daun kunyit, dihiris

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
10 tangkai cili kering, direndam dalam air dahulu
Air secukupnya utk mengisar

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar.
2. Masukkan daging.
3. Masak sehingga daging lembut.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Terus kacau dan biar
hingga kuah pekat.
5. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masak hingga agak garing dan naik bau wangi kerisik.
6. Taburkan hirisan daun kunyit.

Blogger Templates

Blogger Templates

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

click untuk senyum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jom la chatting..hehhehe

ShoutMix chat widget

.